Saturday, January 1, 2011

回教党拒绝国民化,支持者指受“骗”

Krishnan(中,戴墨镜者)与会员一同把会员卡丢进垃圾桶。下图为,安顺回教党支持者俱乐部招牌被拆下


回教党吉打州长老会所强调该党的政治斗争的目标不是入主布城,而是执行回教教义的言论,引起霹雳州印裔支持者不满,并指该党“欺骗”非回教徒支持者及对民联缺诚意。

前任霹雳安顺回教党支持者俱乐部主席Krishnan向【龙文长江】表示,该长老会的言论也显示回教党内仍然存着一股否认马来西亚多元化的力量。

他说,当初由回教党全国团结主席 Dr Mujahid Yusuf Rawa概念及领导组成的回教党支持者俱乐部根本就是团结各种族非回教徒力量面对国阵及大选。

“支持者俱乐部的确吸引了那些没有政党的华裔与印裔,他们在没有党的利益之下,协助回教党争取更多选民的支持,而上届大选是最好的证明。

“当民联已协议进攻同一个目标,就是在来届大选进主布城,该州长老会却告知天下指该党政治斗争另有目的。这不是骗了支持者,也对民联的“承诺”没诚意吗?

“回教党如果不做出改变使它更透明,明朗以及国民化,我相信相信曾经支持,或打算支持回教党的人士将在未来的全国大选备有对回教党反面动议。

回教党吉打州长老会署理主席Yusuf Mahmud在上个星期三向马新社表示拒绝接受Mujahid所撰写的新书《回教党方向与斗争》,并认为该书的内容建议不应该来自认为是一名回教党党员。

Mujahid 在其新书提到有必要改变回教党目前的宗教学者领导核心,并认为回教党必须在这国土上“脚踏实地”及国民化。Yusuf对马新社强调说,回教党的政治斗争的目标不是入主布城,而是执行回教教义。

Krishnan也向【龙文长江】说,他认为他在2各月前解散拥有3,000名会员的安顺回教党支持者俱乐部的决定是正确,因为他们对回教党领导层感到失望。

置于他与支持者的未来动向,他表示会在下届全国大选考虑支持肯关心及帮助印裔选民利益的政党。

以下是马新社(Bernama)当天的全文报道:

Dewan Ulama PAS Kedah menolak buku bertajuk Menuju PAS Baru tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".

Naib Ketua dewan itu Yusuf Mahmud dipetik Bernama sebagai berkata berkata pandangan seperti itu sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS.

"Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli PAS terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata," katanya dalam satu kenyataan.

Yusuf juga berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

"PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain," katanya.

Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.

"Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut," katanya.

Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional.

"Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.

"Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya," katanya lagi seperti dipetik Bernama.

Katanya idea "menasionalkan PAS" adalah tidak wajar kerana yang sepatutnya diketengahkan ialah Islam dalam pembentukan kenegaraan.

"Tindakan Mujahid jelas menunjukkan bahawa beliau cuba meneutralkan PAS dalam meraih undi masyarakat Malaysia. Bukan kita terpaksa menceduk apa yang telah menjadi praktikal parti-parti lain di Malaysia tetapi kita perlu ada jati diri," katanya.

Yusuf berkata kecelaruan Mujahid semakin menjadi-jadi apabila beliau menyarankan supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan.

"Sepatutnya perkara-perkara seperti itu tidak perlu dibuat kerana kita mempunyai agenda yang lebih penting kepada generasi yang akan datang iaitu membezakan antara al-haq dan al-batil," katanya.

Mujahid adalah juga Anggota Parlimen Parti Buntar.

3 comments:

Xiao 11 Lang said...

pada pendapatan saya, dewan ulama dr mujahid tu, saya rasa dia ada something wrong. dia tak ada hak lansung kata penjuangan PAS bukan ukt ke putrajaya. saya harap ini tidak akan menjadi halangan kpd Pakatan Raktyat pada pilihanraya yg akan datang. saya harap kerajaan PAS berikan satu(explaination) kpd semua penyokong-2 PAS (Muslim & Non-Muslim)

刘继方 (LC Fang) said...

小11郎, tak sangka u punya BM pun mou tat teng. apa yang terjadi ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. yang hairan ialah Dewan Himpunan Penyokong Pas tak keluar sebarang kenyataan rasmi membantah apa yang diperkatakan oleh Yusuf Mahmud tu.....dia orang setuju atau tak? kalau Pas tak nak ke putrajaya, tak payahlah berpolitik...

Xiao 11 Lang said...

disebaliknya, kami harap Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Encik FOO boleh berikan sebab sebab sebenar apa yg terjadi , dan juga memberikan satu jawapan yg jelas kpd semua penyokong PAS di seluruh Negara.???