Friday, September 30, 2011

PasTak Pernah Ajak DHPP Bincang Soal Hudud

龙文长江Eksklusif

Kota Bharu: Dewan Himpunan Penyokong Pas Kebangsaan (DHPP) menjangkakan sokongan terhadap Pas di kalangan bukan Islam di negeri sebelah pantai barat akan merosot pada Pilihan Raya Umum ke-13, berikutan isu hukum Hudud.

Pengerusinya, Hu Pang Chaw berkata, walaupun DHPP sebagai salah satu sayap parti itu, tetapi tidak pernah diajak berbincang atau membentangkan pandangan bukan Islam berhubung Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan。

,Beliau berkata, bukan Islam memberi sokongan kepada Pas dan Pakatan Rakyat adalah kerana mereka mahukan satu pembaharuan dalam ideologi politik yang sesuai dengan suasana negara ini.

"Di Kelantan, ia mungkin tidak ketara kerana bukan Islam adalah kalangan minoriti, tetapi hudud menjadi isu besar isu dalam masayarat bukan islam di pantai barat, kerana yang mereka mahukan ialah suatu pembaharuan dari segi corak pemerintahan dan bukan hudud.

"Tiba-tiba Pas bawa isu hudud, walaupun dikatakan hanya untuk laksana di Kelantan, tapi ia menimbulkan tanda tanya sama ada ia adalah satu langkah pertama, satu percubaan Pas.

"Saya tidak nafi bahawa Pas memang tidak pernah ajak DHPP bincang (soal pelaksanaan Hudud) atau rujuk bagi dapatkan pandangan bukan Islam, malah tidak pernah jemput kami bersama dalam mana-mana peringkat mesyuarat pun. Ini merupakan satu kecuaian Pas."

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui di sini, petang tadi.

Hu yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran KotaBharu,berkata Pas tidak boleh rumuskan bahawa hudud mendapat sokongan bukan Islam di Kelantan, memandangkan jumlah kaum Cina hanya tiga peratus berbanding jumlah penduduk seramai 1.5 juta orang.

Katanya, Pas harus berpegang kepada ajaran Islam yang mengutamakan ciri-ciri menerang dan mendidik iaitu mendakwah, namun apa yang berlaku di Malaysia ialah melarang dan menghukum.

Oleh itu, kata beliau Pas wajar memberikan penjelasan secukupnya kepada semua berhubung hudud, terutamanya kepada bukan Islam bagi mengelakkan salah faham dan bukan membawa isu itu secara mendadak sebelum mereka kenal apa itu hukum Hudud.

Hu berkata, DHPP sendiri tidak akan ambil langkah inisiatif untuk menyerahkan suara dan pandangan bukan Islam mengenai hudud kepada Pas kerana beliau berpendapat Pas sendiri tidak anggap ia sebagai maklumat yang penting.

Ketika ditanya sama ada DHPP akan hilang fungsi dan dibubarkan, beliau memberitahu bahawa dalam politik sebarang kemungkinan boleh berlaku.

2 comments:

Anonymous said...

Cakap saje pandai! Apa yg kenyataan dibuat dimedia itu tidak diiktiraf oleh seluruh Dhpp pun...apa yg dia boleh bawa Dhpp?jika tak suka Pas ,boleh keluar Dhpp sekarang juga!masuk balik Mca!!

Orang Kel said...

Dia ingat dia ini siapo? Dulu tak ngam dgn Yb Datuk Anuar Tan,masuk kerja Syarikat Lombong Emas pun tak ngam dgn Tauke Mas,loni ,dgn Pas pulak dia nak musuh!dia ni,dok dlm Dhpp mencari pasal je!